Soalan Lazim


1. Berapakah saiz sampul duit raya ini?
Saiznya adalah 154mm (panjang)  x 79.5mm (lebar). Maknanya duit raya boleh dimasukkan dalam sampul ini tanpa perlu 
melipat duit itu.

2. Berapa keping  dalam 1 peket sampul duit raya?
1 peket ada 5 keping. Contoh kiraan sampul adalah 1250 keping /  5 = 250 peket.

3. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk dihantar kepada anda?
Tempoh masa penyiapan/penyedian sampul duit raya adalah 8 – 12 hari bekerja.

4. Berapakah kos penghantaran sampul duit raya ini?
Kos penghantaran untuk semenanjung Malaysia adalah percuma menggunakan Skynet! Manakala untuk kos penghantaran 
selain daripada itu adalah tertakhluk kepada caj syarikat penghantaran.Segala penghantaran akan kami uruskan dan 
hantarkan kepada anda.

5. Bagaimana dengan pembayaran untuk order ?
Pembayaran adaah 100%  untuk order kali pertama.

6. Bagaimana jika saya inginkan COD?

Untuk pembelian COD anda boleh membayar 80% deposit terlebih dahulu dan 20% lagi dijelaskan selepas menerima 
barangan.COD hanya dibuat di Kelantan (Kota Baharu) dan di Kedah (Sungai Petani) . Jika anda ambil pakej 3 dan 4  saya boleh consider untuk COD.

7. Saya ingin meletakkan logo dan nama syarikat pada design sampul duit raya. Bolehkah?
Ya,boleh. Kami menyediakan servis custom-made design kepada company @ keluarga yang ingin meletakkan logo, nama 
mahupun gambar pada design yg sedia ada dengan sedikit bayaran yg akan dikenakan.Untuk design simple kami akan 
kenakan caj min RM30. Untuk design yg kompleks kami akan kenakan caj RM150. Range harga antara
RM30 – RM150.

8. Berapakah harga yang patut saya jual untuk jualan runcit?
Harga yg dicadangkan adalah RM1.20 – RM2.50 bergantung kepada keadaan dan tempat.

9. Bilakah jualan sampul duit raya ini akan ditutup?
Jualan akan ditutup seminggu sebelum masuknya puasa bulan RAMADHAN untuk memberi laluan kepada 
 pembeli lain menjual dan memasarkan sampul duit raya ini. 

Jika anda ingin order borong selepas seminggu puasa RAMADHAN ,kami akan pertimbangkan.Sila hubungi kami.Selepas seminggu puasa RAMADHAN juga, kami akan membuka jv untuk jualan runcit pula.

10. Bolehkah saya mendapatkan contoh atau sample sampul duit raya ini?
Ya,boleh. Anda hanya perlu membayar RM1.00 untuk setiap satu design. Kami mengenakan kos ini kerana ada sesetengah pembeli yang tidak serius dalam melakukan jual beli dengan kami. Kalau ingin membuat pertemuan dengan kami di Sungai Petani , Kedah atau Kota Baharu,Kelantan , kami boleh set appointment.

11. Saya ingin mempromosi tapi kepada siapa perlu saya promosi?
Target jualan kali ini adalah lebih kepada mereka yang berminat untuk membeli borong dan menjual semual seperti:
· Peniaga (uptown, pasar malam dan lain2)
· Mereka yang ingin berniaga di bulan puasa
· Keluarga besar yang inginkan sampul duit raya sendiri
· Syarikat-syarikat yang ingin memberi sampul duit raya kepada client mereka

No comments:

Post a Comment